LeavingMyLife
masih terlalu amatur dlm ilmu masakan,tapi sangat minat dan ingin belajar lebih lagi =)
Ahad, 19 Oktober 2014
Sabtu, 18 Oktober 2014
MEE REBUS TGANU
Assalamualaikum…=)
Selesai makan tengahari, perut tersangatlah penuh,maklumlah
sebelum makan tengahari dah ‘terbuka’ selera dgn akok kedut, memang tersangat lah ohsem, sampai licin empat biji. Akok kedut ni susah juga nak dapat, mujur pagi ni kakak pergi pasar sabtu Kg Buluh,terus kirim pd dia, dpt yg panas-panas lg! Yummy!
Hari ini mak malas nak masak, jadi beliau buat permintaan dgn sy ,
katanya nak makan mee rebus air tangan anak bongsu dia nih, hee…okay mem! Menurut
perintah. Mak selalu kata mee rebus yg sy buat memang sedap, tak tau lah kot
mak saja nak ambil hati..hihi, ape2 pon terima kasih mak atas pujiannya =)
*tabur sikit bwg goreng, perah asam limau, dan letak hirisan lada jarum byk2, perhh terangkat!*
Bahan-bahan:
-- 3 bj bwg merah dihiris
-- 3 bj bawang putih diketuk
-- segenggam isi ayam dihiris *maaflah xde sukatan dlm gram, sbb xder penimbang kat rumah, hik3*
-- 11/2 sb lada hitam ditumbuk lumat
-- 2 bj telur
-- sedikit sayur spt lobak merah, kubis, dan sawi ikut citarasa
-- 1 bj tomato dibelah 6
-- beberapa biji lada jarum merah dipotong bulat
-- 1 pek mee kuning
-- 2 Liter air panas (ikut kehendak, nk kuah banyak letak banyak ye)
-- Daun saderi dihiris
-- Sedikit bawang goreng
-- 2 bj limau nipis
-- Serbuk perasa, gula dan garam
-- 4 sb kicap (utk hitamkan kuah)
-- 1 ketul Kiub pati ayam Maggi
Cara-cara
1) Panaskan minyak, tumis bwg merah hingga keperangan. Masukkan bwg putih dan tumis lg hingga wangi.
2) Masukkan isi ayam dan kacau hingga separuh masak.
3) Masukkan lada hitam dan goreng lagi.
4) Tuangkan air panas dan biarkan sebentar hingga daging empuk. Masukkan kiub pati ayam Maggi dan kacau hingga sebati.
5) Pecahkan telur satu demi satu. Ingat, jgn terus kacau nanti telur pecah dan kuah jd berbuih.
6) Masukkan sayur sayuran. Perisakan mengikut citarasa.
7) Masukkan mee kuning . tomato dan hirisan lada. Masukkan juga sedikit kicap. Masak hingga mendidih.
8) Hidangkan bersama bwg goreng, hirisan daun saderi, hirisan lada dan sedikit perahan asam limau. Memang terbaik =)
Thats all,
*Happy Trying =)
Jumaat, 17 Oktober 2014
NASI GORENG KERABU CARA SAYA
Assalam...
Selamat petang semua, kite baru selesai makan tengahari, walaupun hakikatnya waktu dah petang...tak terasa sangat perubahan cuaca sbb dr pagi tadi sampai sekarang, gelap jer...mendung, musim tengkujuh dah nak tiba, mungkin.
Menu tengahari hari ni mak yg masak, gulai ayam...cam biase lah kalau mak yg masak mmg super duper terrbaik, tp anak mak hari ni teringin nk mkn nasik goreng kerabu pula...mak bese nye 'merajuk' kalau anak-anak dia tak mkn lauk yg dia masak...heee, skip utk hari ini jer mak ye? =p
Selamat petang semua, kite baru selesai makan tengahari, walaupun hakikatnya waktu dah petang...tak terasa sangat perubahan cuaca sbb dr pagi tadi sampai sekarang, gelap jer...mendung, musim tengkujuh dah nak tiba, mungkin.
Menu tengahari hari ni mak yg masak, gulai ayam...cam biase lah kalau mak yg masak mmg super duper terrbaik, tp anak mak hari ni teringin nk mkn nasik goreng kerabu pula...mak bese nye 'merajuk' kalau anak-anak dia tak mkn lauk yg dia masak...heee, skip utk hari ini jer mak ye? =p
*'belanja' tengok 2 gambar, hihi..nasi goreng kerabu cara sy =)
Bahan-bahan:
-- Segenggam isi ayam (ikut citarasa nk banyak mana)
-- Segenggam kubis dihiris
-- Segenggam lobak dihiris memanjang
-- 1/2 bj tomata dibelah empat
-- 1/2 bj bawang besar dihiris
-- 1 bj bawang merah dihiris
-- 3 bj bawang putih diketuk (sy suka letak bawang putih byk2 =))
-- Beberapa bj lada jarum di belah dua (ikut citarasa, nk pedas letak byk2)
-- 2 btg serai dihiris serong
-- 2 helai daun limau purut
-- 1 bj telur
-- 2 cwn nasi sejuk
Cara-cara:
1) Tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan hirisan bwg besar, bwg merah, daun limau purut dan serai. Tumis lagi hingga naik bau.
2) Masukkan isi ayam. Tumis hingga isi ayam bertukar jd putih (masak).
3) Masukkan kubis, lobak, tomato dan lada jarum. Kacau lagi. *Jgn terlalu lama, nanti sayur terlampau masak dan layu)
4) Ketepikan sayur seketika, masukkan telur. Kacau lagi .
5) Masukkan nasi dan kacau sebati. Perisakan mengikut citarasa. *sy lagi suka guna Maggi cukup rasa, senang kerja hehe
6) Angkat dan sedia di hidang. Kalau ada sup kosong lagi menjadi. Boleh la cuba di masa depan.
Note: resepi asal ada bunga kantan, tp sy tak suka dan bunga kantan tak ada =)
*Happy Trying!*
KEK PANDAN KUKUS
Assalam...=)
Selamat pagi semua...da sarapan belum? Hari ni kite sarapan dgn kek pandan kukus yg kite buat semalam, pagi ni baru lepas hujan, permandangan pun hijau jer, jd kite makan pun benda yg hijau2 jer
Selamat pagi semua...da sarapan belum? Hari ni kite sarapan dgn kek pandan kukus yg kite buat semalam, pagi ni baru lepas hujan, permandangan pun hijau jer, jd kite makan pun benda yg hijau2 jer
*ni la kejadiannya lepas dua kali percubaan =)
Okey la, pergi pd resei dye eh
Bahan-bahan:
-- 3 bj telur (asingkan kuning dan putihnya )
-- 1 cwn gula halus (tambahkan lagi kalau nak manis)
-- 1/2 cwn pati santan
-- 1/2 cwn air daun pandan (6 helai daun pandan, byk lagi pon xpe supaya kek wangii)
Bahan di ayak:
-- 2 cwn tepung gandum
-- 1 st baking powder
-- 1 st soda bikarbonat
Caranya:
1) Pukul putih telur bersama gula halus hingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi. *kite pukul guna whisky, sampai lemau tangan baru la kembang telur tu
2) Masukkan santan dan air pandan, kacau rata.
3) Masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit sampai habis.
4) Tuangkan acuan ke dalam loyang.
5) Kukus dgn api sederhana selama 45 minit.
Orite then,
*Happy Trying*
Khamis, 16 Oktober 2014
CHOC MOIST CAKE FOR SWEETHEART! =)
Assalam...
Pertama kali post utk blog baru,
Sebenarnya dah selalu buat kek coklat moist ni, tp hari ini teringin nak post, sbb jenis kite suka snap gambar utk setiap jenis masakan yg kita buat, kalau di simpan jer dlm fon tu terasa membazir ruang memory card yg hanya 1GB tuh!
Pertama kali post utk blog baru,
Sebenarnya dah selalu buat kek coklat moist ni, tp hari ini teringin nak post, sbb jenis kite suka snap gambar utk setiap jenis masakan yg kita buat, kalau di simpan jer dlm fon tu terasa membazir ruang memory card yg hanya 1GB tuh!
*haa...nampak tak kaler full yg tak hengat dunie tu? hihi...mestila kena ceria, nama lg utk 'sweetheart'
*sila abaikan jugak deco yg tak cantek tuh =,='
*sila abaikan jugak deco yg tak cantek tuh =,='
Sini nak bagitau resepi dye:
Bahan A;
-- 1 cwn serbuk koko
-- 1 cwn gula pasir
-- 1 cwn susu cair
-- 1 cwn minyak masak
-- 1/2 cwn susu pekat
Bahan B
-- 1 1/2 cwn tepung gandum
-- 1 st soda bikarbonat
-- 1 st baking powder
Bahan C
-- 1 st esen vanilla
-- 3 bj telur
Caranya:
1) Ayak Bhn B dan ketepikan
2) Masukkan Bhn A k dlm periuk, kacau hingga sebati. Pastikan api perlahan dan selalu kacau supaya adunan tak ketul2
3) Pecahkan telur dlm mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang Bhn A b'sama esen vanilla ke dlm telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
4) Masukkan Bhn B dan kacau hingga sebati.
5) Tuang adunan ke dlm loyang yg telah di sapu minyak/planta.
6) Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air kukusan tlh mendidih. Setelah masak angkat dan sejukkan kek sebelum di sapu topping.
Bahan D (Topping)
-- 2 sb majerin
-- 3 sb susu cair
-- 1/2 cwn serbuk koko
-- 4 sb susu pekat
*boleh di ekjas mengikut citarasa =)
Caranya:
1) Campurkan kesemua bahan di dlm periuk dan masak menggunakan kaedah double boiler.
2) Curahkan di atas kek yang telah sejuk.
Maaf tak de keratan rentas kek nak tunjuk, sbb sebijik kek tu telah diberikan pada seseorang =). Walaupon sy sendiri tak tau rase dye caner, tp feedback dr beliau sgt memberangsangkan, terlebih2 lagi sampai berebut dgn adik beradik yg lain kate nye hihi
*Happy Trying!*
Langgan:
Catatan (Atom)

