Pertama kali post utk blog baru,
Sebenarnya dah selalu buat kek coklat moist ni, tp hari ini teringin nak post, sbb jenis kite suka snap gambar utk setiap jenis masakan yg kita buat, kalau di simpan jer dlm fon tu terasa membazir ruang memory card yg hanya 1GB tuh!
*haa...nampak tak kaler full yg tak hengat dunie tu? hihi...mestila kena ceria, nama lg utk 'sweetheart'
*sila abaikan jugak deco yg tak cantek tuh =,='
*sila abaikan jugak deco yg tak cantek tuh =,='
Sini nak bagitau resepi dye:
Bahan A;
-- 1 cwn serbuk koko
-- 1 cwn gula pasir
-- 1 cwn susu cair
-- 1 cwn minyak masak
-- 1/2 cwn susu pekat
Bahan B
-- 1 1/2 cwn tepung gandum
-- 1 st soda bikarbonat
-- 1 st baking powder
Bahan C
-- 1 st esen vanilla
-- 3 bj telur
Caranya:
1) Ayak Bhn B dan ketepikan
2) Masukkan Bhn A k dlm periuk, kacau hingga sebati. Pastikan api perlahan dan selalu kacau supaya adunan tak ketul2
3) Pecahkan telur dlm mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang Bhn A b'sama esen vanilla ke dlm telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
4) Masukkan Bhn B dan kacau hingga sebati.
5) Tuang adunan ke dlm loyang yg telah di sapu minyak/planta.
6) Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air kukusan tlh mendidih. Setelah masak angkat dan sejukkan kek sebelum di sapu topping.
Bahan D (Topping)
-- 2 sb majerin
-- 3 sb susu cair
-- 1/2 cwn serbuk koko
-- 4 sb susu pekat
*boleh di ekjas mengikut citarasa =)
Caranya:
1) Campurkan kesemua bahan di dlm periuk dan masak menggunakan kaedah double boiler.
2) Curahkan di atas kek yang telah sejuk.
Maaf tak de keratan rentas kek nak tunjuk, sbb sebijik kek tu telah diberikan pada seseorang =). Walaupon sy sendiri tak tau rase dye caner, tp feedback dr beliau sgt memberangsangkan, terlebih2 lagi sampai berebut dgn adik beradik yg lain kate nye hihi
*Happy Trying!*

Tiada ulasan:
Catat Ulasan