Jumaat, 17 Oktober 2014

NASI GORENG KERABU CARA SAYA

Assalam...
Selamat petang semua, kite baru selesai makan tengahari, walaupun hakikatnya waktu dah petang...tak terasa sangat perubahan cuaca sbb dr pagi tadi sampai sekarang, gelap jer...mendung, musim tengkujuh dah nak tiba, mungkin.

Menu tengahari hari ni mak yg masak, gulai ayam...cam biase lah kalau mak yg masak mmg super duper terrbaik, tp anak mak hari ni teringin nk mkn nasik goreng kerabu pula...mak bese nye 'merajuk' kalau anak-anak dia tak mkn lauk yg dia masak...heee, skip utk hari ini jer mak ye? =p

*'belanja' tengok 2 gambar, hihi..nasi goreng kerabu cara sy =)

Bahan-bahan:
-- Segenggam isi ayam (ikut citarasa nk banyak mana)
-- Segenggam kubis dihiris
-- Segenggam lobak dihiris memanjang 
-- 1/2 bj tomata dibelah empat
-- 1/2 bj bawang besar dihiris
-- 1 bj bawang merah dihiris
-- 3 bj bawang putih diketuk (sy suka letak bawang putih byk2 =))
-- Beberapa bj lada jarum di belah dua (ikut citarasa, nk pedas letak byk2)
-- 2 btg serai dihiris serong
-- 2 helai daun limau purut
-- 1 bj telur 
-- 2 cwn nasi sejuk 

Cara-cara:
1) Tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan hirisan bwg besar, bwg merah, daun limau purut dan serai. Tumis lagi hingga naik bau.
2) Masukkan isi ayam. Tumis hingga isi ayam bertukar jd putih (masak).
3) Masukkan kubis, lobak, tomato dan lada jarum. Kacau lagi. *Jgn terlalu lama, nanti sayur terlampau masak dan layu)
4) Ketepikan sayur seketika, masukkan telur. Kacau lagi .
5) Masukkan nasi dan kacau sebati. Perisakan mengikut citarasa. *sy lagi suka guna Maggi cukup rasa, senang kerja hehe
6) Angkat dan sedia di hidang. Kalau ada sup kosong lagi menjadi. Boleh la cuba di masa depan.

Note: resepi asal ada bunga kantan, tp sy tak suka dan bunga kantan tak ada =)

*Happy Trying!*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan